Ikhtilat : Dalil dan
Hukumnya
~DenganNamaAllahyangMahaPengasihLagiMahaPenyayang~
Realiti
hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan
agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan
disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.
Dalam
fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita
ajnabi) tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat
dan keutuhan agama.
Oleh
kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah
ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita
Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu
isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada
satu masa dahulu.
Apakah
sebenarnya ikhtilat itu haram?
Fiqh
semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan
perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan
batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas
dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang
seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan
muhram dan bukan kaum sejenis mereka.
Adakah
wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni
adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan
lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya
ialah:
Tidak,
secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan
wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya
pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan
wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah
haram, bukan harus.
Percampuran Yang
Diharuskan
Setelah
kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram,
maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan
terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh
keadaan tersebut seperti di bawah.
1*
Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat
yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan
katanya:
"Berkata
ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah
(berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum
ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati
seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia,
maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka
pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh
dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan
tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan
untuk menyelamatkan wanita tersebut.
2*
Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama'
berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang
haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan
ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
a)
Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus
bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar
menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan
memelihara adab adab pergaulan.
b)
Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita
harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua
perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti
ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa,
tertuduh, saksi dan lain-lain.
c)
Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam
mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan
hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi
akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
d)
Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu
Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA
telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau
akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
e)
Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus
bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i
seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur
dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid
melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk Baginda SAW.
f)
Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus
bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan
tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga
yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana
makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka
makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu
duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana
mengutamakan tetamu.
g)
Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus
bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan,
walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk
menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia
terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan
penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri
ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.
h)
Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah
seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut
adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut
dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
"Kami bersama Nabi SAW merawat
pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."
i)
Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat
dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat
Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh
mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat
kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan:
"Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan
muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki
tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering
makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah
percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini
akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan
pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab
Islamiah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXCytFrHe9KChl4sFH6H25wIdatihWpy35efSYgqiCnZOZ45FwW_R3sNiwALbopQLkzpBXyqxPeRsqUtMrb2_jpR8B-1qEJiHK5JuCgaFbd36t8AXJkCcQCohsQCr46jndXFiF8w8VD1Z3/s400/ikhtilat2.jpg)
0 comments:
Post a Comment