Tentunya cabaran terlalu banyak dan terlalu besar di antaranya adalah berikut :
1)
Kejahilan umat Islam tentang ajaran agamanya, mestilah diakui bahawa umat Islam
yang paling ramai berada dalam kejahilan mutlak yakni tidak memahami bahkan ada
yang tidak berapa betul membaca dan menulis di dunia ini, mereka dalam keadaan
miskin dalam semua segi-Miskin harta, miskin ilmu, miskin bacaan dan miskin
pengetahuan.
2)
Jikalau kita tumpukan ke negara kita Malaysia, kita dapati masih ramai orang
Islam yang bersembahyang sekalipun, tidak faham apa yang mereka baca di dalam
sembahyang.
3)
PAS sebagai harakah dakwiyah ( دَعْوِيَة ) mesti
berusaha bersungguh-sungguh supaya umat Islam di negara kita benar-benar
memahami dan melepasi tahap tidak faham apa yang di baca dalam sembahyang.
4)
Semua yang menjadi anggota jamaah mestilah ditarbiyahkan supaya ke tahap boleh mendakwah orang bukan ahli,
supaya semua orang Islam mengenali Islam sebab :
بَلّغُوا
عَنّي وَلَو آيَة ) متفق عليه)
Ertinya
: Wajib ke atas setiap individu menyampaikan daripadaku walaupun satu ayat
5)
Pejabat, markaz, musolla, surau atau cawangan-cawangan hendaklah mengadakan
sembahyang jamaah dan mengadakan kegiatan kemasyarakatan. Untuk tujuan inilah
maka di dalam panduan Usrah kita, kita menitikberatkan tajwid al-Quran.
6)
Cuba menghayati : أقيموا دولة الإسلام في نفوسكم في حزبكم ستقم على أرضكم-
إن شاء الله
7) Di sana ada cabaran yang baru hasil daripada keputusan
pilihanraya umum yang ke-12 pada tahun 2008 yang membawa kemenangan tahalluf
PAS dengan PKR dan DAP yang menghasilkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Perak yang kita dapat lihat bahawa orang-orang Cina dan India
menampakkan kesediaan mereka untuk mendengar pandangan-pandangan terhadap suara
Islam yang dibawa oleh PAS.
Saya
mengambil peluang ini untuk merayu kepada dewan ulama’ PAS dan ulama’-ulama’ yang
terasa bertanggungjawab sebagai ulama’ Islam memikirkan :
Ø
Menjelaskan
apa maksud (لا إكراه في الدين)
Ø
Kedudukan
orang bukan Islam di bawah Negara Islam
(التعايش السلمي في الدولة الإسلامية )
Ø
Dan konsep
keadilan yang mutlak dalam Islam kepada semua orang yang berada dalam Negara
Islam
Ø
Menjadikan
perjanjian penduduk al-Madinah yang terdiri daripada orang Arab Islam, Yahudi,
Nasrani dan lain-lain agama di bawah ميثاق المدينة yang diiklankan oleh Rasulullah s.a.w yang wajib bagi penduduk
Madinah semuanya wajib mempertahankan Negara Islam yang diketuai oleh
Rasulullah s.a.w dan arahan-arahan Abu Bakar dan Umar al-Khattab yang
memastikan rakyat Negara Islam dilindungi seperti dilindungi serupa dengan
kedudukan orang Islam.
Ø
Apabila kita
terima hakikat bahawa Qiyadah dalam harakah Islam ia adalah laksana Amir bagi
pihak Rasulullah s.a.w. Seharusnya kita menerima tugas Rasulullah sebagaimana
yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Jumaat ayat ke-2 :
( هُوَ الذي بَعَثَ في الأُمِّيّينَ رَسُولاً مِّنهُم
يَتْلُوا عَلَيْهِم آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتَابَ وَالحِكْمَة )
Yakni tugas Rasulullah s.a.w
dan tugas ulama’ Islam yang menjadi penyambung kepada tugas Rasulullah
s.a.w yang :
1) Mengajar kepada rakyat
beragama Islam ayat-ayat al-Quran melalui
yang dibaca, yang dilihat,
yang di fikir oleh kita.
2) Dan wajib mentazkiah mereka
yakni membersihkan mereka daripada syirik, nifaq, ujub, takabbur, angkuh dan lain-lain
penyakit dalaman dan luaran sehingga mereka benar-benar bersih dan mengajar kepada
mereka al-Quranul Karim, tajwidnya, maknanya, arahannya, larangannya dan
kebijaksanaan (الحكمة ) ataupun hadis-hadis
Rasulullah s.a.w yang mengandungi apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
0 comments:
Post a Comment