Sejarah Teori Kewujudan dan Tokohnya...
Tokoh
bagi terapi kewujudan adalah Sidney Jourard, Abraham Maslow, Viktor
Frankl, Irvin Yalom, Rollo May, dan Clement Vontrest. Mereka adalah ahli
teori Amerika. Falsafah asas Kewujudan berasal dari Eropah.
Tulisan-tulisan Soren Kierkegaard, Pyoder Dostoyeski, dan Viktor Frankl
banyak mengandungi falsafah-falsafah Kewujudan, dan mereka ini dating
dari Eropah.
Walau bagaimanapun, Rollo May dan Viktor Frankl
adalah dua tokoh teori yang utama. Terapi Eksistensial yang juga
dikenali sebagai Terapi Kewujudan berasal dari satu bentuk falsafah yang
menekankan kebebasan individu. Kehidupan manusia tidak disekat oleh
kuasa-kuasa yang tidak sedar, seperti mana yang diutarakan oleh Terapi
Psikoanalitik ataupun oleh pelaziman-pelaziman yang dipelajari di dalam
masyarakat seperti mana yang dianjurkan oleh Terapi Tingkah Laku. Malah,
Terapi Kewujudan ini memberi maruah, penghormatan dan kedudukan kepada
manusia sebagai unsur yang boleh memandu hidupnya sendiri.
Hasil
daripada keyakinan dan kepercayaan seperti ini telah wujud terapi yang
mirip kepada falsafah ini. Terapi Pemusatan Insan oleh Carl Rogers dan
Terapi Gestalt oleh Perls yang memberi status dan keyakinan telah
sedikit sebanyak dipengaruhi oleh falsafah Kewujudan. Oleh kerana
falsafah ini begitu sejagat sifatnya, maka Terapi Kewujudan yang
terhasil juga mempunyai asas-asas dan pengaruh yang berbeza. Menyedari
akan wujudnya perbezaan-perbezaan di antara teori-teori yang diutarakan
serta sifat-sifat umum yang terdapat di dalam pandangan pelopor-pelopor
teori ini, maka satu keputusan telah diambil untuk menghuraikan teori
ini yang diutarakan oleh Rollo May, sebagai satu pendekatan yang
berteraskan falsafah kewujudan.
Rollo May
Beliau
telah dilahirkan pada tahun 1909 di Ada, Ohio. Beliau merupakan anak
kedua dari enam orang adik beradik dan anak lelaki yang tertua di
kalangan keluarganya. Bapa May bekerja di Young Men’s Christian
Association (YMCA) dan inilah yang telah menggalakkan May untuk
memepelajari disiplin diri melalui aktiviti renang. Hubungan beliau
dengan keluarganya tidak begitu erat dan beliau membayangkan kehidupan
di rumah adalah tidak membahagiakan. Akibatnya, beliau berubah menjadi
seorang pendiam dan pemberontak semasa beliau remaja (Rabinowitz, Good
& Cozad, 1989).
Pada
tahun 1930, beliau Berjaya mendapat ijazah dalam bahasa Inggeris dari
Oberlin College dan diterima untuk mengajar dalam bidang tersebut di
Anatolia College di Greece. Semasa cuti semester, beliau telah bercuti
dan melancong ke Vienna dan beliau telah mendaftarkan diri di seminar
yang telah dikendalikan oleh Alfred Adler di mana kemudiannya beliau
berminat dalam bidang psikoanalisis. Selama beliau tinggal di Greece,
beliau lebih gemar bersendirian dan bekerja secara berterusan. Ini
menyebabkan keputusan peperiksaan beliau gagal di mana beliau terpaksa
mengulang setahun lagi.
Pada
tahun 1933, beliau telah kembali ke Amerika Syarikat untuk memasuki
Union Theological Seminary. Disinilah beliau kuat dipengaruhi oleh Paul
Tillich seorang ahli teologi kewujudan. Selepas itu, beliau mempunyai
kerjaya yang cemerlang sebagai seorang Menteri Keagamaan. May telah
mengambil keputusan untuk menyambung ijazah dalam bidang Psiokologi
Klinikal dari Universiti Columbia. Tetapi, beliau telah diserang
penyakit batuk kering. Ini menyebabkan beliau terpaksa ditahan di
Sanitarium selama dua tahun.
Semasa
dalam proses rawatan, beliau banyak menghabiskan masa dengan membaca
dan mempelajari buku yang ditulis oleh seorang ahli teori kewujudan,
Soren Kierkegaard. Selepas beliau sembuh, May telah menyambung dan
menamatkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Columbia pada tahun
1949. Beliau telah menyertai fakulti William Allanson White Institute di
New York.
Beliau
telah muncul sebagai seorang yang boleh menyatakan tentang Terapi
Kewujudan yang difikirkan boleh diaplikasikan dalam psikoterapi di
Eropah. Beliau juga telah menulis dua buah buku iaitu Love and Will
(1969) iaitu bukunya yang paling popular dan The Courage To Create (
1975). Pada tahun 1980-an, beliau telah bersara. Beliau meninggal dunia
pada 22 Oktober 1994, ketika berusia 85 tahun.
Viktor Frankl
Beliau
telah dilahirkan pada tahun 1905 di Venna Australia. Beliau menerima
ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 1930 dan ijazah kedoktorannya
pada tahun 1949 daripada Universiti Vienna. Beliau telah menubuhkan
Youth Advicement Centre di Vienna pada tahun 1928 hingga 1938. Beliau
juga memiliki beberapa buah hospital dan klinik pada sekitar tahun 1930
dan 1942.
Walaupun
beliau adalah pelajar Freud, tetapi beliau begitu meminati Teori
Kewujudan yang diperkenalkan pada tahun 1930-an apabila beliau membaca
buku falsafah seperti Heidegger. Beliau mula mewujudkan formula dan idea
tentang Teori Kewujudan (logotherapy) dalam kaunseling pada tahun 1938.
Menurut bahasa Greek perkataan logo bermaksud mencari makna.
Semasa
Perang Dunia Kedua (1942-1945), beliau telah dipenjarakan oleh nazi di
Kem Auschwitz dan Dachau dan ahli keluarganya termasuk abang, isteri dan
anak-anaknya telah mati. Di Kem inilah beliau memikirkan tentang makna
kehidupan dan bagaimana seksanya tinggal di kem tersebut. Berkat
keazaman inilah beliau mendapatkan kepercayaan untuk meneruskan
kehidupan.
Pada
tahun 1940-an, beliau telah berkahwin dengan Ellenonara dan menetap di
Australia. Pada tahun 1947, beliau telah menyertai fakulti Universiti
Vienna dan akhirnya menjadi ahli United States International Universiti
of San Diego. Beliau telah mengembara ke seluruh dunia dan telah memberi
ceramah di Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau juga merupakan professor pelawat di Universiti
Harvard, Universiti Stanford dan Universiti Southern Medthodist. Beliau
juga telah bekerja untuk mengalih bahasa lebih kurang 20 buah buku dan
menyambung pengajian dalam bidang perkembangan Terapi Kewujudan. Beliau
telah menulis buku Man’s Search For Meaning (1962) yang merupakan antara
buku paling terkenal di dunia dan The Will To Meaning (1969).
Viktor Frankl
Source:
http://terapikewujudan.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment