Tip-tip
berurusan dengan bukan muhrim
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki atau perempuan. Kalau ada peluang
untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah
tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa'
minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu
dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu
jugalah sebaliknya bagi rijal.
2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan
berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan
padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel.
Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik.
Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain
yang kurang berfaedah.
3. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara
anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu
bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah
lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada
penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak
tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
4. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim
kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan
dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara
daripada panahan syaitan.
5. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah
berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're
talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi
membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke
hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan
sahaja haram melihat aurat bukan mahram malahan bahagian-bahagian bukan aurat
turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang
kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama
itu adalah bagimu, sedang yang kedua tidak (berdosa)."
6. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak
perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan
sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan
segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
Jadi jelaslah bagi kita batas-batas pergaulan itu. Ikhtilat hukum
asalnya adalah haram, tapi dalam situasi-situasi tertentu adalah dibolehkan,
jika mengikut cara-cara yang betul.
-BIRO KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN 2012-
0 comments:
Post a Comment