Monday 22 August 2011


"Saya baru terdengar kematian salah seorang bekas kekasih saya yang membunuh diri kerana tekanan hidup dan putus cinta. Dia seorang yang luar biasa. Seolah-olah dia mempunyai segala-galanya. Kerja, paras rupa, wang tapi akhirnya dia mati dengan begitu tragik. Di dalam hati saya, saya masih sayang akan dia. Dan, saya berasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan satu nyawa yang penting dalam hidup saya." (Anonymous)
Kita akan terpukul dan terduduk dengan ujian hidup yang tidak putus-putus. Belum habis masalah kita carikan penyelesaiannya, kita dihujani dengan pelbagai ujian lagi. Akhirnya ramai yang mengambil keputusan untuk bunuh diri. Seolah-olah itulah penyelesaian yang terbaik.
Saya teringat pengalaman seorang yang begitu tabah menghadapi hidup. Dia baru sahaja diceraikan dan merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Suaminya menceraikannya tanpa meninggalkan apa-apa. Dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan dia dan anak-anaknya. Saban hari hutangnya semakin meningkat. Keretanya terpaksa ditarik oleh pihak bank. Rumahnya hampir-hampir digadai. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya. Seolah-olah sudah tiada jalan keluar baginya. Muflis.
Apabila orang bertanya bagaimana dia menghadapi kesukaran hidup itu, dia dengan tenang menjawab: Saya serahkan hidup saya pada Super Power yakni Allah s.w.t.
Wah, jawapan yang sungguh tepat. Manusia amat lemah. Apabila segala-galanya diserahkan pada Allah s.w.t., siapakah yang mampu melawan kehendak dan kuasa-Nya. Terserlah ketinggian keyakinan saudari tersebut dengan Penciptanya.

Informasi iluvislam.com

Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA.
Saudari tersebut sedar bahawa semua di dalam kehidupan ini merupakan pinjaman. Suaminya merupakan pinjaman, bukan miliknya. Saya lihat ramai pasangan yang lupa akan hal ini. Seringkali pasangan menjadi hamba kepada pasangannya. Istilah queen control dan suami diktator memang seakan sinonim dengan suasana kekeluargaan. Itulah penangan kerana inginmemiliki dan dimiliki. Apabila diuji, lupa diri, dan bunuh diri. Nauzubillahimin zalik.
Justeru, biar seteruk mana pun keadaan kehidupan kita, ayuhlah kita kenal Pencipta kita yakni Allah. Pinjamlah kekuatan-Nya untuk menghadapi mehnah dan tribulasi hidup.
Percayalah rahmat dan kasih sayang Allah pasti menyambut kita sebelum kita sempat menangis.

0 comments:

Post a Comment